Kenderaan iring trak tunda potong garis berkembar ada arahan bertugas, sudah beri amaran – Polis

[ad_1]

Semalam tular satu online video memaparkan sebuah kereta peronda polis yang mengiringi dua buah trak tunda dengan muatan kereta mewah memotong di garisan berkembar secara merbahaya berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu. Bagi menjelaskan insiden berkenaan, hari ini Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun telah tampil dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Menurut beliau dalam laporan Kosmo, kenderaan pengiring tersebut mempunyai pergerakan dan arahan yang sah untuk mengiringi ketiga-tiga kenderaan berkenaan, dan kenderaan pengiring tersebut telah memberi amaran atau peringatan secukupnya dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya lain.

“Persoalan orang ramai mengenai online video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.

“Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku.

“Kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas. Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara tersebut,” katanya.

Muhamad Zaki turut berharap pengguna jalan raya sentiasa memberi kerjasama apabila berdepan dengan kenderaan pengiring polis di jalan raya kerana tugas kenderaan pengiring tidak seperti pengguna jalan raya yang lain.

Dalam online video tular yang dimuat naik oleh akaun Facebook bernama Hamdan Zakaria semalam, dia terpaksa mengelak ke bahu jalan secara tiba-tiba berhadapan dengan konvoi dua buah trak flatbed yang diiringi oleh Honda Civic peronda polis di hadapan yang sedang memotong di kawasan garisan berkembar.

Turut kelihatan adalah sebuah lagi trak pikap Ford Ranger mengekori konvoi tersebut, dengan lori flatbed hadapan membawa sebuah Bentley Mulsanne, manakala sebuah lagi flatbed di belakang dengan tertera pelekat “Pejabat Sultan Kelantan” di cermin hadapan membawa wagon Mercedes-AMG E63.



[ad_2]

Resource hyperlink

Next Post

The Best Bike Stems for Upgrading Your Ride

Thu Jul 28 , 2022
[ad_1] If you’re imagining of replacing your bike stem, you likely previously have an idea of what this element is and what it’s employed for. But for the uninitiated, a bike stem is the tubular element that connects your handlebars to the steerer tube of your entrance fork. A stem […]

You May Like